Kehidupan Yang Menjadi Berkat
Shallom..bertemu lagi di ruangan ini. Suatu ketika dahulu, bila ada kelapangan, saya akan menulis dalam blog sebuah cerita, baik itu mengenai diri saya sendiri, keluarga mahupun rakan-rakan. Sudah lama tidak menulis cerita dalam blog, kerana media sosial hari ini semakin canggih dan ada beberapa platform yang boleh digunakan untuk mengongsikan cerita, gambar, video dan sebagainya.
Kini saya kembali lagi untuk menulis satu perkongsian tentang seorang peribadi yang juga adalah adik dan keluarga saya di dalam Kristus. Dia ialah Sis Liana Mathius. Dilahirkan pada 06 Jun 1978 dan merupakan anak kedua dalam keluarga. Berasal dari Kg. Rondomon dan Kg. Lokoton. Bapa kepada Sis Liana berasal dari Kg. Rondomon, manakala ibunya dari Kg. Lokoton, Kudat, Sabah. Dia telah berkahwin dengan En. Jonray Jacob dan dikaruniakan 3 orang cahayamata iaitu, Godin Eden, Godin Ever dan Godin Ender.
Liana Mathius
Pendidikan awalnya bermula di Sk. Tinangol Kudat, SRK Lok Yuk Likas Kota Kinabalu, kemudian meneruskan persekolahan persekolahan di SM Lok Yuk, SM All Saints’ Kota Kinabalu dan SMK Abdul Rahim Kudat. Setelah itu, pada tahun 2001 dia meneruskan pengajian di University of Wales, Newport, United Kingdom dalam bidang Electrical/Electronic.
Pada tahun 1996, ketika menuntut di tingkatan 6, SM All Saints’ Kota Kinabalu, dia telah mengikuti pembelajaran jangka pendek selama 2 semester di Seminari Teologi Sabah (STS). Dia juga merupakan penuntut Anglican Training Institute (ATI) dan telah menamatkan pengajiannya di peringkat C. Th pada tahun 2019.
Saya bersyukur kepada Tuhan dan sangat diberkati kerana sepanjang mengenali Sis Liana, banyak perkara yang saya pelajari serta terinspirasi dari kehidupan dan pelayanannya. Dia seorang yang ramah, baik hati dan penuh dengan kasih. Seorang yang dikaruniakan oleh Tuhan dengan talenta yang sangat memberkati, seperti karunia bernyanyi, menari, bermain muzik, mengajar dan mempunyai kebolehan dalam bidang yang lain. Dia juga melayani Tuhan dalam Pujian & Penyembahan, Pelayanan Kanak-Kanak, Pelayanan Rebana dan Pelayanan Multimedia. Dia telah menggunakan semua talenta yang Tuhan berikan untuk melayani-Nya dan memberkati orang lain.
Melayani bersama dalam Pelayanan Multimedia
Dia gemar membaca, bersukan dan berkebun. Ketika mengongsikan pengalamannya dalam bidang sukan, dia pernah menyertai acara lompat tinggi dan merupakan pemegang rekod untuk acara tersebut, pelari pecut dan jarak sederhana disamping sempat menyertai gimnastik dan penerjun.
Dalam melakukan pelayanan, dia seorang yang sentiasa memberikan yang terbaik, berkomitmen, sangat teliti dan mengutamakan kualiti kerja yang dilakukannya serta suka memberikan nasihat dan dorongan.
Tekun melakukan pelayanan sebagai DJ Radio Online, Penjala FM
Dia adalah guru dan mentor bagi saya. Teladan yang ditunjukkannya menjadi motivasi bagi saya dalam melakukan pelayanan dan memberikan yang terbaik untuk Tuhan. Selain itu, saya juga berpeluang mempelajari Bahasa Inggeris dan Bahasa Rungus.
Berkongsi tentang apa yang dipelajarinya di ATI
Semoga Tuhan memberkati Sis Liana dan keluarga dengan berlimpah-limpah serta tetap setia melayani dan mengasihi Tuhan selama-lamanya. Tuhan memberkati.
No comments:
Post a Comment