Saturday, January 7, 2012

Bandar Baru Telupid Jaya Dilancarkan

4th January, 2012

TELUPID: Bandar Baru Telupid Jaya, projek yang akan menelan belanja RM200 juta telah dilancarkan di sini kelmarin.

Dengan keluasan 60 ekar terletak di lebuh raya yang menghubungkan Kota Kinabalu dan bandar-bandar utama di Pantai Timur Sabah akan mengukuhkan lagi kedudukan strategik pekan itu sebagai laluan Timur-Barat-Pendalaman.

Ia sekali gus bukan sahaja meningkatkan pertubuhan ekonomi di Telupid malahan menjadikannya sebagai ‘One Stop Centre’ apabila bandar baru yang dijangka siap dalam tempoh lima tahun itu menempatkan pusat perdagangan moden bercirikan serba lengkap termasuk juga akan terdapat hotel serta stesen minyak.

Menyempurnakan upacara pecah tanah di tapak projek berkenaan, Penolong Pegawai Tadbir Pejabat Daerah Kecil Telupid, Kamsah Hj Sulaiman, berkata pembinaan bandar baru ini menunjukkan komitmen pihak pemaju untuk membangunkan pekan tersebut.

Ini katanya, apabila ia siap kelak tentu membantu usaha meningkatkat lagi pertumbuhan ekonomi Telupid yang sememangnya memerlukan lebih banyak pelabur untuk datang ke sini.

“Malah, ia memberi peluang kepada peniaga terutama kepada penduduk Telupid untuk merebut peluang ini memandangkan potensinya sebagai pusat komersil yang akan menjadikan pekan ini antara lokasi paling popular di negeri ini.

“Kita mengalu-alukan pembinaan projek yang dijalankan secara usaha sama antara Syarikat Kesemua Sdn Bhd dengan usahawan bumiputera tempatan. Kita ucapkan syabas dan tahniah diatas usaha murni yang mana akan membantu menaikkan nama Telupid,” jelasnya.

Kamsah yang mewakili Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian yang juga wakil rakyat Labuk, Datuk Seri Michael Asang berharap projek ini akan mewujudkan peluang-peluang perniagaan kepada anak-anak tempatan.

Terdahulu, Pengarah Urusan Kumpulan Ngee Hing, Yap Kok Ming, berkata beliau sudah lebih 30 tahun mengenali Telupid sehubungan dengan itu dia tidak ragu-ragu untuk membangunkan daerah itu.

Beliau yakin apabila projek ini siap kelak, Telupid akan muncul sebagai satu bandar yang indah pada masa akan datang dan walaupun kecil lokasinya tetapi sangat strategik kerana pertengahan antara Kota Kinabalu, Ranau, Sandakan, Lahad Datu dan Tawau.

“Dengan kedudukan strategik ini, Teluid akan menjadi ‘Golden Triangle’ di mana pembangunan dan pertanian akan berkembang maju di daerah ini. Malah, Bandar Baru Telupid Jaya akan menjadi pertumbuhan hub kewangan dan perniagaan baru.

“Saya percaya bahawa bandar baru tersebut akan menawarkan anda nilai dan pulangan yang tinggi untuk pelaburan anda,” ujarnya.

Fasa 1A akan mengandungi 112 unit rumah kedai dua tingkat dan pembinaannya akan dimulakan pada Mac dan dijangka siap sepenuhnya pada Oktober 2013.

Projek ini akan mengandungi tiga fasa iaitu fasa 1B menyaksikan pembinaan 26 lagi rumah kedai dua tingkat manakala fasa 2 akan mengandungi 1,000 unit apartmen dan 300 unit rumah teres, 100 unit rumah teres berkembar dan 50 unit rumah berkembar yang akan dibina dalam fasa 3.

Kumpulan Ngee Hing juga terbabit dalam perladangan, pembinaan dan industri kejuruteraan dan Bandar Baru Telupid Jaya adalah projek hartanah ketiga yang dilaksanakannya.


Sumber: NEW SABAH TIMES

Friday, January 6, 2012

Bagaimana Menggunakan Blog Anda (Asas)

Berikut ini saya kongsikan serba sedikit bagaimana menggunakan blog anda.

Langkah 1
- Taip URL anda sebagai contoh, www.christy-benedict.blogspot.com di ruangan carian.

Langkah 2
- Sign In

Menghantar Post
Klik New Post dan ikuti langkah seterusnya kemudian klik PUBLISH POST

Menukar Templates
Klik Design - Template Designer - pilih template - Apply To Blog - View Blog

Menambah Gadget
Klik Design - Add a Gadget dan buat pilihan

Ini hanya asas, dan anda boleh explore langkah-langkah yang seterusnya..SELAMAT MENCUBA!:-)

Biodata

Nama : Christy Benedict

Tarikh Lahir : 30hb Mei 1977

Tempat Lahir : Telupid

Bangsa : Kadazan

Agama : Kristian

Hobi : Apa saja yang mendatangkan faedah la..hehe...

Kerjaya : Pembantu Pengurus GIGABYTE.COM

Wednesday, January 4, 2012

With My Puppy, Wallie...:-)



Kamu kenal ka siapa yang saya dukung tu? hahahaha...itulah si Wallie, anjing kesayangan saya dan keluarga. Anjing jenis macam ni, memang manja dan jajal..ekna..ngam ka bahasa saya? haha...lepas tu kuat makan. Asal nampak orang makan, dia pun mau juga..hehehe...Kehadiran Wallie di rumah, menceriakan lagi hidup kami sekeluarga, walaupun kadang-kadang bikin geram juga dia ni. Apa nda, macam-macam tabiatnya kan. Part yang paling saya suka tengok dia ni bila dia main sama patungnya..ui..memang aktif dia berlari. Dan jangan tidak tau, aha...pandai mokirajou juga si Wallie ni, apa lagi kalau dia baru lepas mandi, na..disanalah dia lari 100 meter, hahaha...Pendek kata, memang siuk la ada anjing macam ni, penghibur hati gia kan..:-) ngam!!

SURPRISE!!!=)


Yang ni pula kenangan manis saya yang tidak mungkin saya lupakan selamanya....inilah namanya kejutan hehe...ada orang dari jauh hantar kek harijadi untuk saya. Awal pagi lagi mereka sudah bertolak dari Sandakan ke Telupid semata-mata mau hantar itu kek. Apa lagi terus buat party kecil-kecilan di cyber, tempat dimana saya bekerja, hehehe...Dan yang paling gembira sekali tu budak-budak la, sebab dapat makan kek free, hahaha...saya pun apa kurangnya, kebetulan waktu itu belum sarapan jadi terus sarapan kek harijadi, haha! Apa pun, saya rasa sangat terharu bila ingat saat ini. Thanks a lot Hai Len and Mandy:-) God bless...

Zaman dulu-dulu...=)


Ni la muka saya waktu masih budak, hehehe...siap dengan pakaian seragam tadika lagi. Saya dan rakan-rakan seangkatan waktu ini, merupakan pelajar pertama bersekolah di sekolah tadika Telupid. Kalau dilihat muka saya ni, tidak jauh beza dengan muka saya sekarang ni kan? Betul ka? heheh...Cuma dalam gambar ni rambut saya tidak nampak belahannya, hahaha...but of course pipi still tembam sikit sampai sekarang=) Apa pun, gambar antik baini..haha...tetap akan ku simpan sampai selamanya...=)

GIGABYTE.COM






Mau promote dulu, hehe...inilah cyber kami, GIGABYTE.COM yang terletak di Kg. Gading Telupid dan tempat di mana saya berkerja sekarang. Cyber ini menyediakan beberapa perkhidmatan seperti berikut:

1. Internet/Games
2. Menaip surat/dokumen
3. Mencetak
4. Download lagu
5. Copy CD/VCD/DVD
6. Gambar passport

Cyber ini mempunyai 7 buah komputer (termasuk server) dan beroperasi dari jam 9.30 pagi - 12.00 tengah malam. Dengan harga yang berpatutan, saya pasti anda berpuas hati dengan perkhidmatan yang kami sediakan. Jadi apa lagi, datanglah berama--ramai...1 kampung pun boleh tapi ikut giliran la haha..biar meriah suasana..ngam!!=)