Monday, February 3, 2014

SAHABAT

Hello para pengunjung blog It's Me sekalian..apa khabar? Semoga anda berada dalam keadaan yang baik dan ceria selalu. Kali ini saya mau berkongsi (sharing) tentang sahabat-sahabat saya, tajuknya juga SAHABAT kan?ha! Baiklah, pertama sekali saya bersyukur kepada Tuhan kerana kasih dan anugerah-Nya saya dapat mengenali sahabat-sahabat saya ini. Mereka ini adalah Duta atau dalam Bahasa Inggeris nya The Ambassador dalam Diosis Anglikan Sabah. Banyak aktiviti dan pelayanan yang mereka lakukan dalam Program Duta ini, dan salah satunya mereka telah dihantar ke tempat-tempat yang telah ditentukan, macam praktikal la katakan..dan oleh kerana kedua orang kawan saya ini dihantar ke Paroki St. Luke Telupid maka dapatlah saya berkenalan dengan mereka..hehe..



Dari kiri: Christy Benedict, Christina Liau Tze Ling & Frederica Philips

Selama kawan-kawan saya ini berada di Telupid, sempat jugalah mereka ni ikut beberapa pelayanan dan program dalam gereja. Antaranya pelayanan Karoling, program Krismas, pelayanan kebaktian Ahad dan lain-lain lagi. Kalau aktiviti luar, antaranya pergi di rumah saya la atau melawat cyber kami, kan Fred?ha!! Diantara pengalaman si Fred yang saya yakin dia tidak akan lupa di rumah saya ialah belajar gunting bulu (grooming) si Wallie haha..dan saya puji sebab guntingannya kemas dan Wallie pun sangat selesa..:) Pengalaman kedua, menjaga cyber..dapat jugalah kau merasa bagaimana menjadi seorang operator dan admin kan? ha! Pengalaman yang ketiga, berpeluang merasa teh USA yang mempunyai berbagai rasa yang berbeza, sedap dan sangat digemari..atuk! macam buat iklan sudah aku..haha!



Frederica sedang menggunting (grooming) bulu Wallie

Pengalaman yang saya tidak akan pernah lupa ialah apabila Christina minta ajar Bahasa Kadazan Labuk, wah..as I told you before Christina, this is my 1st experience mengajar bahasa Kadazan Labuk hehe..tapi saya kagum sebab ada kawan saya dari keturunan Cina mau belajar bahasa saya. Mohon maaf kalau cara saya mengajar kurang memuaskan, nanti saya kasi bagus di masa akan datang haha. Yang pastinya, walaupun Christina sudah tidak berada di Telupid, saya akan teruskan juga mengajar kawan saya ini, sikit-sikit lama-lama jadi bukit, rajin dan usaha tangga kejayaan..betul tak? Tolong ingatkan saya kalau saya lupa ha!



Kelas Bahasa Kadazan Labuk bersama Christina

Apa pun, saya gembira dapat jumpa dan kenal kawan-kawan saya ini. A great friends in God. Kita juga adalah keluarga didalam Tuhan. Terima kasih untuk segalanya..untuk persekutuan (fellowship) bersama, untuk sharing dan sebagainya. Saya mohon maaf kalau ada salah dan silap atau kekurangan..terutama majlis makan-makan kita tu..ha!! Sebagai dorongan, semoga kamu akan terus setia melayani dan mengasihi Tuhan di mana juga kamu ditempatkan. Jangan jemu-jemu berbuat baik, mengucap syukurlah kepada Tuhan dalam apa pun keadaan dan yang paling penting, marilah kita saling mendoakan diantara satu sama lain. Akhir sekali saya ucapkan selamat melayani, jumpa lagi dan Tuhan memberkati...



Monday, December 9, 2013

ALBUM KASIH




Kompilasi lagu-lagu rohani Malaysia Vol. 2


Track listing:
 
1. Yang Mulia
2. Satu Suara
3. Bapaku
4. Your Majesty
5. The Bridegroom King
6. Kasihmu
7. Bapa Kau Baik
8. Lord Hear Our Prayer
9. Kasih
10. Terima Kasih Yesus
11. Precious Jesus
12. Bapa Ku
13. Kasih Yang Terindah
14. Kuasa Untuk Menguasai





Bapaku nyanyian Debra Robert, salah satu lagu yang terdapat dalam album Kasih. Kepada mereka yang ingin mendapatkan album ini boleh membelinya dengan harga RM20.00 di beberapa kedai buku Kristian (Christian Bookshops) atau boleh menghubungi Malaysian Gospel Music (MGM) melalui laman web http://www.mgm.com.my/ 

Terima kasih, Tuhan memberkati.

Sunday, December 1, 2013

Disaster Relief

Disaster Medical Relief 25-29/2013 (Haiyan Typhoon Survivors)
Bantayan, Philippines


























  
PRAY FOR BANTAYAN, PHILIPPINES


Source: Dianne Minchu


Tuesday, March 27, 2012

Cozy Home Deco Collection


Come and visit Cozy Home Deco Collection..for more information please contact
Madam Stephanie Rose.

H/P: 019-5820077

Saturday, January 7, 2012

RM200j PEKAN BARU TELUPID

MENARIK ... Lukisan reka bentuk rumah kedai dua tingkat yang akan didirikan itu.

30th December, 2011

SANDAKAN: Satu pekan baru akan di- bina di Telupid.

Bandar Baru Telupid Jaya, projek yang menelan belanja RM200 juta, akan dilancar- kan awal tahun depan.

Bandar baru ini akan menempatkan pusat perdagangan moden mengandungi, kedai dua tingkat yang boleh digunakan untuk ope- rasi perniagaan runcit, pejabat, pasar raya, bank, restoran, hotel dan juga akan terdapat stesen minyak.

Telupid terletak kira kira 90 minit perjalanan dari Sandakan.

Pekan baru itu adalah projek usaha sama antara Syarikat Kesemua Sdn Bhd dengan usahawan bumiputera tempatan akan didiri- kan di kawasan seluas 60 ekar berdekatan dengan lebuh raya yang menghubungkan Kota Kinabalu dan bandar-bandar di pantai Timur iaitu Sandakan, Lahad Datu dan Tawau.

Projek ini dijangka akan dapat disiapkan dalam tempoh lima tahun.

Dengan kedudukan yang strategik antara laluan Timor – Barat – Pedalaman, Telupid akan menjadi kawasan Segi Tiga Emas dari segi komersial,industri dan juga pembangunan pertanian.

Pembantu Menteri Pembangunan Perin- dustrian yang juga Wakil Rakyat Labuk, Datuk Michael Asang akan melancarkan Fasa 1A projek itu pada 3 Januari 2012.

Fasa 1Aakan mengandungi 112 unit rumah kedai dua tingkat dan pembinaannya akan dimulakan pada Mac dan dijangka siap pada Oktober 2013,” kata Pengarah Urusan Kumpulan Ngee Hing, Yap Kok Ming pada persidangan media di sini kelmarin.

Yap berkata projek ini akan mempunyai tiga fasa. Fasa 1B akan menyaksikan pembinaan 26 lagi rumah kedai dua tingkat manakala Fasa 2 akan mengandungi 1,000 unit apartmen dan 300 unit rumah teres,100 unit rumah teres berkembar dan 50 unit rumah berkembar yang akan dibina dalam fasa 3.

Kumpulan Ngee Hing juga terbabit dalam perladangan,pembinaan dan industri kejuruteraan dan Bandar Baru Jaya Telupid adalah projek hartanah ketiga yang dibangunkannya.

Yan lain ialah Bandar Letat Jaya (usaha sama) di Sandakan dan Pusat Industrial Lahad Datu Jaya di Lahad Datu.

Kerja-kerja untuk Pusat Industrial Lahad Datu kini 60 peratus siap dan dijangka siap seepnuhnya pada Jun tahun depan.

“Dan setakat ini 75 peratus rumah kedai sudah pun dijual,” kata Yap.

Beliau menambah Terminal Bas Ekspres Lahad Datu, hotel dan pasar raya adalah an- tara kemudahan yang terdapat di Pusat Industri itu.

Turut hadir pada sidang media itu Ketua Pegawai Eksekutif Eddie Yap dan Pengarah Pentadbiran AMPE Sdn Bhd dan pengawal kewangan, Sharon Hee.


Sumber: NEW SABAH TIMES

Bandar Baru Telupid Jaya Dilancarkan

4th January, 2012

TELUPID: Bandar Baru Telupid Jaya, projek yang akan menelan belanja RM200 juta telah dilancarkan di sini kelmarin.

Dengan keluasan 60 ekar terletak di lebuh raya yang menghubungkan Kota Kinabalu dan bandar-bandar utama di Pantai Timur Sabah akan mengukuhkan lagi kedudukan strategik pekan itu sebagai laluan Timur-Barat-Pendalaman.

Ia sekali gus bukan sahaja meningkatkan pertubuhan ekonomi di Telupid malahan menjadikannya sebagai ‘One Stop Centre’ apabila bandar baru yang dijangka siap dalam tempoh lima tahun itu menempatkan pusat perdagangan moden bercirikan serba lengkap termasuk juga akan terdapat hotel serta stesen minyak.

Menyempurnakan upacara pecah tanah di tapak projek berkenaan, Penolong Pegawai Tadbir Pejabat Daerah Kecil Telupid, Kamsah Hj Sulaiman, berkata pembinaan bandar baru ini menunjukkan komitmen pihak pemaju untuk membangunkan pekan tersebut.

Ini katanya, apabila ia siap kelak tentu membantu usaha meningkatkat lagi pertumbuhan ekonomi Telupid yang sememangnya memerlukan lebih banyak pelabur untuk datang ke sini.

“Malah, ia memberi peluang kepada peniaga terutama kepada penduduk Telupid untuk merebut peluang ini memandangkan potensinya sebagai pusat komersil yang akan menjadikan pekan ini antara lokasi paling popular di negeri ini.

“Kita mengalu-alukan pembinaan projek yang dijalankan secara usaha sama antara Syarikat Kesemua Sdn Bhd dengan usahawan bumiputera tempatan. Kita ucapkan syabas dan tahniah diatas usaha murni yang mana akan membantu menaikkan nama Telupid,” jelasnya.

Kamsah yang mewakili Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian yang juga wakil rakyat Labuk, Datuk Seri Michael Asang berharap projek ini akan mewujudkan peluang-peluang perniagaan kepada anak-anak tempatan.

Terdahulu, Pengarah Urusan Kumpulan Ngee Hing, Yap Kok Ming, berkata beliau sudah lebih 30 tahun mengenali Telupid sehubungan dengan itu dia tidak ragu-ragu untuk membangunkan daerah itu.

Beliau yakin apabila projek ini siap kelak, Telupid akan muncul sebagai satu bandar yang indah pada masa akan datang dan walaupun kecil lokasinya tetapi sangat strategik kerana pertengahan antara Kota Kinabalu, Ranau, Sandakan, Lahad Datu dan Tawau.

“Dengan kedudukan strategik ini, Teluid akan menjadi ‘Golden Triangle’ di mana pembangunan dan pertanian akan berkembang maju di daerah ini. Malah, Bandar Baru Telupid Jaya akan menjadi pertumbuhan hub kewangan dan perniagaan baru.

“Saya percaya bahawa bandar baru tersebut akan menawarkan anda nilai dan pulangan yang tinggi untuk pelaburan anda,” ujarnya.

Fasa 1A akan mengandungi 112 unit rumah kedai dua tingkat dan pembinaannya akan dimulakan pada Mac dan dijangka siap sepenuhnya pada Oktober 2013.

Projek ini akan mengandungi tiga fasa iaitu fasa 1B menyaksikan pembinaan 26 lagi rumah kedai dua tingkat manakala fasa 2 akan mengandungi 1,000 unit apartmen dan 300 unit rumah teres, 100 unit rumah teres berkembar dan 50 unit rumah berkembar yang akan dibina dalam fasa 3.

Kumpulan Ngee Hing juga terbabit dalam perladangan, pembinaan dan industri kejuruteraan dan Bandar Baru Telupid Jaya adalah projek hartanah ketiga yang dilaksanakannya.


Sumber: NEW SABAH TIMES