Monday, January 2, 2012

Blog Baru

Akhirnya saya buat juga blog baru...bukan apa ba, tapi blog saya yang terdahulu (It's My Life) ada masalah, jadi blog ini merupakan kesinambungan daripada blog saya yang terdahulu. Jadi kepada rakan-rakan blogger, kamu masih boleh lawat blog saya yang lama sebab saya ada memasukkan juga linknya di sebelah kanan blog ini, cari saja disana My Blog List la hehe...so, macam mana sambutan tahun baru? Mesti meriah tu kan..:-) Di Telupid sambutannya meriah juga, ada bunga api lagi, boleh tahan..hehe..Kita bersyukur kepada Tuhan kerana telah memimpin kita melewati tahun 2011 yang telah berlalu sehingga memasuki tahun 2012. Saya percaya, ada diantara kita yang sudah menetapkan atau membuat perancangan apa yang mahu dilakukan atau dilaksanakan tahun ini. Apa pun itu, pastikan yang anda melakukan yang terbaik bukan sahaja untuk diri sendiri dan keluarga anda tetapi terlebih lagi kepada Tuhan. Biarlah nama Tuhan sahaja yang kita tinggikan didalam kehidupan dan apa pun yang kita lakukan. Itu yang paling penting. Kita juga tidak lepas dari menghadapi berbagai rintangan, namun jangan berputus asa, kerana kita pasti boleh melalui semuanya itu dengan pertolongan Tuhan. Apa pun, yang penting kita enjoy melakukan perkara yang baik. Oleh itu saya ucapkan Selamat Tahun Baru dan Tuhan memberkati anda..:-)

No comments:

Post a Comment